Langgan Wanita Jumpa Di Bilik Inap, Atuk Usia 70 Tahun Tewas Overdose Ubat Kuat

Sesungguhnya setiap manusia tidak tahu bilakah waktu mereka akan pulang kepada Ilahi. Maka sebab itulah setiap daripada kita harus berwaspada ketika hendak melakukan dosa terlarang. Risau jika belum sempat bertaubat, seruan Allah pula yang memanggil dahulu.

Begitulah kisah mengejutkan seorang warga emas berusia 70 tahun ini dan apa yang terjadi wajar dijadikan pengajaran. Difahamkan, dia telah melanggan seorang pelacur secara atas talian dan kedua-duanya telah berjanji untuk bertemu di sebuah bilik penginapan, OYO.

Sebelum melakukan hubungan badan dengan pelacur berusia 35 tahun itu, lelaki tua terbabit telah mengambil ubat kuat untuk membantu stamina namun lain pula hal yang terjadi. Saksi kejadian awalnya mendengar pasangan terbabit berlaga mulut.

Disangka sedang teruk bertelingkah, justeru penjaga parkir itu bergegas ke sana bagi tujuan meleraikan keadaan.

Pelacur berkenaan dilihat menjerit kuat dan sedang berlari keluar bilik dalam keadaan takut. Apabila diperiksa, atuk tua tadi rupanya sudah ‘tewas’ kerana dipercayai kesan mengambil dos ubat kuat secara berlebihan. Warga setempat telah membuat laporan dan siasatan kini berada di bawah kawalan pihak polis.

Gambar sekadar hiasan

Kredit : Portal Mamagini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*