Ada babak & pemakaian tak senonoh, PU Syed gesa sekat tayangan filem Pulau

Nama pendakwah terkenal, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum sedia maklumkan dengan kelantangannya menentang kehadiran artis-artis luar negara hadir ke Malaysia bagi melangsungkan konsert.

Bukan itu sahaja, dia juga lantang menyuarakan pandangan dan memberi kritikan apabila ia melibatkan hal keagamaan.

PU Syed gesa sekat filem Pulau

Terbaharu, PU Syed sekali lantang bersuara dengan memohon pihak berwajib menyekat tayangan sebuah filem berjudul Pulau yang dijadual bakal ditayangkan pada Mac nanti.

Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, PU Syed menjelaskan filem berkenaan mengandungi banyak adengan yang kurang sesuai dipertonton kepada khalayak ramai.

“Dikatakan filem ini ada adegan-adegan tidak elok dipertontonkan dan gaya pemakaian mencolok mata kemudian diterbitkan di Malaysia.

“Saya minta pihak berkuasa seperti FINAS, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan mana-mana pihak menepis filem ini daripada ditayangkan. Tolong tapis,”ujarnya.

Tolong batalkan kalau tak datangkan manfaat kepada umat Islam

Tambahnya, adalah lebih baik jika filem berkenaan dibatalkan tayangan sekiranya ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada masyarakat terutama umat Islam memandangkan ia ditayangkan pada bulan Ramadan.

“Sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat terutama umat Islam, tolong batalkan tayangannya pada bulan Mac. Lagi-lagi dekat nak bulan Ramadan,”pintanya.

Dalam pada itu, PU Syed mengatakan sudah tiba masanya pihak berkuasa tidak memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak penerbit menayangkan karya yang tidak mendatangkan manfaat kepada orang ramai.

Trailer penuh:

Sumber: TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*