SPOTLIGHT Peminat Panik! Baju Dipakai BCL Buat Ramai Salah Pandang

Nama penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia. Isteri kepada Allahyarham Asyraf Sinclair ini sememangnya cukup popular di kedua-dua negara.

Difahamkan, Bunga Citra Lestari atau biasa disapa BCL akan mengadakan konsert pada 27 Januari 2023 di Kuala Lumpur.

Susulan daripada itu, dia sudahpun membuat persiapan rapi untuk konsert yang julung kali diadakan ini.

Persiapan untuk konsert di KL

Dalam satu perkongsian terbarunya di Instagram, dia telah memuat naik foto dengan rambut model gaya terkini semata-mata untuk konsert di Kuala Lumpur kurang minggu depan.

Terkejut betul!

Walau bagaimanapun, perkongsian juri program nyanyian Indonesia Idol itu membuatkan sesetengah peminat panik seketika kerana menyangka dia tidak memakai baju kerana warna pakaiannya hampir sama dengan warna kulit.

Rata-rata terkejut ketika melihat gambar tersebut di Instagram, namun akhirnya ‘lega’ kerana sedar warna pakaian BCL membuatkan mereka tersalah pandang.

Cantik sangat!

Namun begitu, ramai juga yang memuji penampilan BCL yang terlihat lebih cantik dengan potongan rambut sebegitu. Auranya sebagai seorang penyanyi sememangnya tidak dapat disangkal lagi dengan penampilan yang cukup memukau.

Untuk rekod, BCL telah mendirikan rumah tangga dengan aktor Malaysia, Asyraf Sinclair pada November 2008. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Pada Februari 2020, industri seni Indonesia dan Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Asyraf disebabkan serangan jantung dalam tidur.

Sumber: OhMyMedia | Instagram Bunga Citra Lestari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*