‘Sengaja’ Gunting Wang Kertas RM9,000, Lelaki Dipenjara

Tindakan membawa padah, seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan kerana sengaja menggunting dan merosakkan wang kertas berjumlah RM9,000, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, suspek sengaja merosakkan wang tersebut sebelum memasukkannya ke dalam mesin deposit tunai (CDM) dan mengeluarkannya kembali menerusi pengeluaran wang automatik (ATM).

Tertuduh dianggap telah melanggar Perkara 35 Para (1) Undang-Undang berkaitan Mata Wang.

Hakim Mahkamah Daerah Surabaya juga mensabitkan kesalahan suspek kerana terbukti secara sah dan bersalah melakukan perbuatan jenayah dengan sengaja merosakkan, memotong wang kertas dengan niat merendahkan kehormatan rupiah sebagai lambang negara.

Difahamkan kejadian berlaku ketika suspek membuat pengeluaran tunai di ATM dan dia menerima sejumlah wang kertas yang koyak.

“Dia mendapati salah satu wang kertas rupiah dalam keadaan koyak, kemudian suspek cuba memasukkan wang itu ke dalam mesin ATM dan ia menerimanya,” tulis kes fail itu.

Disebabkan oleh peristiwa itu, timbul niat suspek untuk mengulangi perkara yang sama. Dia mula memotong sudut-sudut wang yang dimilikinya dan kemudian memasukkan ke dalam mesin ATM di beberapa kawasan di Surabaya.

Dia mula mengeluarkan wang tunai semula, apabila dia mendapat wang dalam keadaan baik, suspek memotongnya semula. Suspek melakukan perbuatan tersebut berulang kali.

Pendakwa Raya Herlambang Adhi Nugroho berkata, suspek disyaki mengalami gangguan mental atau tekanan, menurut kenyataan yang diberikan oleh keluarganya.

“Suspek mengalami stress. Kenyataan keluarga menyatakan tertuduh sudah lebih tiga bulan tidak bekerja dan menganggur. Kerana ekonomi yang semakin menipis, dia melakukan itu,” katanya.

Herlambang juga menjelaskan bahawa suspek turut melakukan perbuatan sama menggunakan wang peribadinya dengan memasukkan not koyak serta mengeluarkannya kembali di tiga lokasi berbeza di Surabaya.

“Itu bukan duit palsu. Itu duit dia sendiri yang ditarik dan didepositkan semula, dilakukan berulang kali selepas hujung duit itu dipotong,” ujarnya.

Sumber: CNN Indonesia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*