Da’i Syed buat tutorial hijab pada isteri, tapi wajah Hana pula tak puas hati

Tindakan pendakwah selebriti, Da’i Syed membuat tutorial hijab pada isterinya Hana Ismail mencuri tumpuan orang ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu video dimuat naik, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful cuba menunjukkan bakat dengan menghasilkan stail hijab yang digayakan oleh isterinya.

Tutorial hijab dipakai Hana? Takde masalah!

Rakaman berdurasi 27 saat itu memaparkan Hana yang juga pengacara stesen televisyen AlHijrah ‘menadah’ wajah untuk suaminya bagi melakukan lilitan menggunakan selendang miliknya.

Bagaimanapun, selepas selesai sesi tutorial berkenaan, pengacara berusia 37 tahun itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan stail dihasilkan suaminya berdasarkan ekspresi wajah ditunjukkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan itu selain menyifatkan Hana hanya mampu reda melayan kerenah suaminya.

Suami pun suka menyakat

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

video

Sumber : Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*