Allahu,Anak Pukul Bapa Umur 83 Tahun Hingga Cedera Parah Sebab Tumpahkan Nasi

Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dia dipukul oleh anak kandungnya hanya kerana dia menumpahkan nasi pada lantai rumah.

Pukul bapa sebab tumpahkan nasi

Mangsa yang berusia 83 tahun itu dipercayai dipukul anak lelakinya hingga mengalami kecederaan parah dalam satu kejadian pada Isnin lalu di Jakarta Barat, Indonesia. Berdasarkan sumber, ketika kejadian, mangsa mahu makan malam namun dihalang oleh suspek. Tidak lama selepas itu, suspek yang berusia 48 tahun itu bertindak menengking mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut lalu menumpahkan nasi di lantai.

Suspek yang berang kemudian bertindak agresif dengan memukul kepala dan badan sehingga mangsa terjatuh. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek telah ditahan polis. Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Menurut sumber, suspek sudah berkahwin dan tidak memiliki anak tetapi isterinya tinggal berasingan. Suspek pula tinggal bersama mangsa (bapa kandung) manakala ibu kandungnya sudah meninggal dunia.

Sumber: Merdeka.com, News Detik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*