
Ulama tersohor Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan telah meninggal dunia pada malam tadi, selepas berada dalam keadaan kritikal.
Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh keluarga beliau di laman Facebook yang memaklumkan orang ramai bahawa beliau kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang.
“Berita baik, nafas terakhirnya keluar seperti angin, dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum.
“Kami sekeluarga memohon agar kalian sentiasa mengingati beliau dalam solat dan bercerita mengenainya kepada pelajar dan anak-anak pada masa hadapan,” maklum keluarganya dalam hantaran tersebut malam tadi.
Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar pada hari ini.
Untuk rekod, beliau mempunyai dua ijazah sarjana muda iaitu dalam bidang syariah, juga bidang undang-undang yang diperoleh dari Universiti Damsyik, Syria.
Beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al-Azhar al-Sharif dalam bidang fiqh perbandingan (fiqh muqaran) serta undang-undang di Universiti Kaherah.
Kemuncak akademiknya beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang fiqh perbandingan di Universiti Al-Azhar.
Antara karya terkenal beliau ialah kitab Al-Iman. Kitab ini telah dijadikan silibus dalam subjek Akidah di University of Jordan dan banyak lagi universiti lain di luar negara.
Sumber : Siakap Keli | FBفضيلة الامام العلامة الأستاذ الدكتور محمد نعيم ياسين
Leave a Reply