Wanita Tak Sangka Dapat ‘Ayah Muda’ Berusia 23 Tahun, “Biarkan Mak Kahwin Lagi..”

Wanita Tak Sangka Dapat ‘Ayah Muda’ Berusia 23 Tahun, “Biarkan Mak Kahwin Lagi..”

Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang jauh bukan lagi menjadi isu pada masa kini. Malah, ia sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang yang tidak memandang usia sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga.

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikToknya, dia memaklumkan ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudia dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.

Umur hanya angka semata-mata
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.

Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.

Semoga bahagia selalu
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

Sumber: OH MY MEDIA

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*