[VIDEO] ‘Jangan ada yang aibkan anak saya’, ibu reda anak bujang lemas terjun lombong Ipoh angkara joran direntap ikan gana

SEORANG lelaki lemas dipercayai terjatuh ketika memancing bersama kawannya di kawasan lombong Sri Kinta, Ipoh dekat Perak pada Ahad.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Insiden itu dimaklumkan seorang wanita, Maimunah Manshor yang dipercayai ibu mangsa di Facebooknya.

“Terima kasih banyak-banyak pada semua yang mendoakan dan yang membantu anak saya yang lemas tadi (Ahad) di lombong Sri Kinta.

“Minta jangan ada yang aibkan anak saya atau mereka cerita macam-macam tentang arwah,” tulisnya.

Menurut Maimunah lagi, anak lelakinya itu tergelincir ketika memancing di lombong tersebut.

Sementara itu, turut tular satu video memaparkan orang awam sedang cuba memberikan bantuan awal pada mangsa.

Video tersebut mula tular di aplikasi Telegram Info Semasa Official pada Isnin.

“Budak meninggal di lombong Sri Kinta. Ada seorang memancing. Ikan tarik mesin (joran) masuk lombong.

“Seorang lagi terjun nak ambil mesin, dah dapat tapi tak sempat nak berenang ke darat. Budak Pasir Putih, umur 22 tahun,” tulisnya.

Dalam video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan tekanan dada bagi membantu mangsa yang terbaring.

Turut kedengaran suara seorang wanita memberitahu orang awam keadaan lelaki malang berkenaan.

“Masih tak sedar, tak sedar,” katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Majoriti sedang berusaha menghubungi ibu mangsa untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian, sementara pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

VIDEO

Sumber ; Majoriti

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*