[VIDEO] Akibat Usik Ular peliharaannya dalam Sangkar, Tuan Dibelit dan Dipatuk Sehingga Luka Pada Bahagian Muka

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila diserang seekor ular sawa gergasi di sebuah halaman rumah di Thailand baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular, ular sawa tersebut melakukan serangan itu ketika mangsa sedang memeriksa sangkar reptilia terbabit.

Susulan itu, ular tersebut kemudiannya dilihat menerkam dan mematuk muka mangsa selepas melilit kuat tubuh lelaki tersebut.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman tular itu menerima lebih 8,000 jumlah tontonan dan hangat diperkatakan warganet.

Turut kelihatan dalam insiden itu, seorang wanita sedang mendukung bayi bertindak menjerit bagi meminta bantuan dan pertolongan untuk mangsa.

Beberapa individu di dalam rumah kemudiannya bergegas keluar bagi membantu lelaki tersebut, namun lilitan haiwan berkenaan diihat terlalu kuat sekali gus mengakibatkan pergelutan berlaku ketika kejadian.

Akibat serangan itu, mangsa yang dipercayai pemilik haiwan reptilia berkenaan mengalami kecederaan serta pendarahan di muka dan sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan tahap kesihatannya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan berhubung insiden terbabit.

“Saya tak faham kenapa masih ada orang yang mahu menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan, ia sangat berbahaya dan boleh memakan diri sendiri jika tersilap langkah,” kata bijender.dev.

“Ular jenis apakah itu, ia sangat besar dan ganas sehingga enggan melepaskan lilitan di badan mangsa, sangat menakutkan kejadian seperti itu,” ujar James Lidwick.

“Perkara pertama terlintas dalam fikiran saya semasa kejadian itu adalah keselamatan bayi itu, kenapa perempuan itu masih memegang bayinya berhampiran ular tersebut, ia sangat berbahaya,” tambah warrenhulley.

Dalam pada itu, masa dan lokasi kejadian masih belum diketahui setakat ini, namun ia dipercayai berlaku di Thailand berdasarkan bahasa pertuturan dalam video terbabit.

Sumber: Majoriti 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*