[VIDEO] Padah panggil isteri orang pelacur, lelaki maut dilempar batu

PADAH menghina isteri orang sebagai pelacur, seorang lelaki maut selepas dilempar menggunakan batu pada Rabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah dekat Medan, Indonesia.

Menurut Unit Siasatan Jenayah, Iptu J Simamora, suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah ditahan Alfred Mayer Sitohang.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya yang beralamat di Jalan Mapelindo, Medan beberapa jam selepas kejadian,” katanya memetik laporan media antarabangsa metroindo.

Jelas Simamora, kejadian berpunca dari mangsa Joni Pranata Simanjuntak yang menghina isteri suspek sebagai seorang pelacur.

“Alfred marah apabila Joni mengejek isterinya sebagai ‘kupu-kupu malam’. Sakit hati dengan perkataan yang digunakan oleh mangsa, supek terus menumbuk mangsa sebelum dia mengambil batu dan melempar batu besar ke muka mangsa,”

“Impak daripada lemparan batu tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecedaraan parah di kepala.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dihantar ke Hospital Muhammadiyah oleh orang awam.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

VIDEO

Sumber : Majoriti | AgensiĀ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*