[VIDEO] Bapa terkedu lihat anak gadis diculik 4 pemuda depan kuil, rupanya ‘plot twist’ plan kahwin lari dengan kekasih

HANYA mampu terkedu. Demikian reaksi seorang ayah apabila melihat anak gadisnya yang berusia 18 tahun diculik di hadapannya di daerah Sircilla, Telangana, India pada Selasa lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian tersebut, remaja perempuan itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai sembahyang di kuil bersama bapanya.

Insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang mana menunjukkan sebuah kereta tiba di lokasi kejadian sebelum secara tiba-tiba tiga lelaki melompat keluar dari sebuah kereta.

Sejurus sahaja penculik keluar daripada kereta tersebut, salah seorang daripada mereka menangkap mangsa dan mengheretnya masuk ke dalam kenderaan.

Suspek dilihat memaksa gadis itu masuk ke dalam kereta lalu memaksanya duduk.

Gadis itu cuba melarikan diri, tetapi penculik tersebut berkeras membawanya masuk ke dalam kereta dan segera menutup pintu.

Menerusi rakaman tersebut juga menunjukkan bahawa si ayah sempat mencuba mengejar kereta berkenaan tetapi usahanya itu tidak berhasil apabila dua lagi penculik cuba menghalang lelaki berkenaan daripada bertindak.

Ketiga-tiga lelaki itu masuk ke dalam kereta dan rakan mereka yang memandu segera beredar dari tempat kejadian.

Menurut polis, satu kes telah difailkan daripada kejadian itu, justeru tiga pasukan khas telah bertugas untuk menangkap tertuduh dan menyelamatkan gadis yang hilang itu.

Berdasarkan laporan media, polis berkata, salah seorang daripada empat orang yang menculik remaja perempuan itu mempunyai hubungan dengan mangsa dan didakwa mereka pernah kahwin lari sebelum ini.

Satu kes turut didaftarkan terhadapnya sebelum ini kerana didakwa lelaki tersebut pernah melarikan diri dengan gadis itu.

Di sebalik insiden itu, mangsa yang bernama Goli Shalini akhirnya mengeluarkan sebuah video dan memberitahu bahawa penculikan tersebut merupakan rekaan dengan kekasihnya agar dapat melarikan diri bersama-sama.

Shalini berkata, dia bercinta dengan John sejak empat tahun lalu namun mendapat halangan daripada ibu bapanya dan orang tuanya juga sudah mempersiapkan calon pengantin lelaki lain buatnya.

Menurut polis, remaja perempuan itu melarikan diri dengan pasangannya iaitu John dan kedua-duanya berkahwin secara rahsia.

Shalini memberitahu kepada polis bahawa dia dan lelakinya kini berdepan ancaman nyawa daripada ibu bapanya dan berharap akan mendapat perlindungan keselamatan daripada pihak berkuasa.

VIDEO

Sumber : Majoriti | AgensiĀ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*