[VIDEO] Abang kawasan ‘pau’, tumbuk warga asing depan anak sampai menangis di pasar tani Kedah

KEJADIAN mengugut warga asing meminta wang bukan sahaja berlaku dalam filem namun realitinya berlaku dalam kehidupan kita.

Ini dibuktikan apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai bertindak mengugut warga asing dihadapan anaknya pada Selasa di Kedah.

Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi telefon pintar seorang peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan kejadian.

Lelaki yang memakai topi itu dilihat mengambil barangan di dalam raga motosikal mangsa sebelum tangan suspek mengambil barang peribadi warga asing terbabit.

Ketika kejadian, lelaki warga asing itu dilihat bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan anaknya ketakutan dan menangis.

Namun secara tiba-tiba seorang individu yang berada di lokasi menghalang perbuatan suspek dengan menyuruhnya memulangkan semula barang peribadi mangsa.

Difahamkan video kejadian berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku di Pasar Tani Guar Chempedak, Kedah.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang dipercayai ‘pau’ duit daripada warga asing itu.

“Walaupun dia warga asing tak patut buat macam itu, hormat sesama sendiri,” kata Mayang Sari.

“Ada budak depan itu, tak ada akal ke yang pakai topi itu? Nanti Allah tunjuk dekat dia pula baru dia tahu,” jelas Mohammad Azraal.

“Kesiannya adik itu tengok ayah dia kena pukul,” ujar Amyrah Almirah.

“Hebat sangatlah itu, pukul depan budak kecil pula itu, semoga berjumpa buku dengan ruas,” luah Firdaus Abdullah.

VIDEO

Sumber : Agensi | Majoriti

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*