Kerajaan Mengumumkan Sebanyak RM100 Juta Kepada Kelantan Dan Terengganu Yang Dilanda Banjir Tervk-.

Kerajaan Mengumumkan Sebanyak RM100 Juta Kepada Kelantan Dan Terengganu Yang Dilanda Banjir Tervk-.

Pasir Mas: Kerajaan mengumumkan bantuan segera banjir sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan awal itu bagi meringankan beban dua negeri berkenaan.

“Memandangkan banjir lebih parah dari biasa, saya bersetuju selepas mengadakan perbincangan dengan Jemaah Menteri, kita meluluskan bantuan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.

“Bantuan ini bagi membantu kebajikan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan yang terkesan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tengku Panglima Raja, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zainin Husin.

Pada masa sama, kerajaan juga akan meneruskan bantuan banjir RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.

“Manakala, bantuan RM10,000 bagi keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir dan bayaran berkenaan akan diberikan kepada KIR.

“Mangka banjir berkenaan perlu mendaftar di PPS dan kita serahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menguruskan perkara itu,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*