
“Jualan Lebih ‘Masyuk’ Ketika Banjir”- PENIAGA Mengambil Peluang Menjual Meskipun Banjir Belum Surut-.
Rantau Panjang: Beberapa peniaga mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman untuk penduduk pekan ini, meskipun banjir masih belum surut.
Tinjauan hari ini mendapati pekan Rantau Panjang ‘meriah’ dengan kunjungan orang ramai yang mahu melihat sendiri paras air banjir di pekan berdekatan Sungai Golok itu.
Peniaga, Nur Antasha Pakarudin, 22, berkata, dia mula berniaga sejak kelmarin dan mendapat sambutan pendudukan berikutan tidak ramai peniaga membuka kedai makan.
“Saya memasang khemah jualan di tengah-tengah pekan dengan paras air kira-kira 0.3 meter. Bagaimanapun, saya pastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.
“Lagipun, saya sendiri adalah anak jati pekan ini, jadi saya sudah dapat mengagak keadaan air (paras banjir) walaupun jika banjir besar yang melanda.
“Ramai pelanggan gembira kerana saya membuka gerai dan mereka sendiri mengakui agak sukar untuk mendapatkan makanan pada ketika ini,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Narima Abdullah, 42, dia mengambil peluang membuka kedai dan menjual pulut ayam memandangkan sudah biasa berhadapan banjir.
“Dalam kedukaan, terselit rezeki buat saya apabila pulut ayam lebih banyak terjual ketika musim ini. Saya membuka gerai bermula 12 tengahari sehingga jualan habis sekitar 5 petang.
“Ada sahaja anggota keselamatan yang berhenti memberi nasihat supaya sentiasa peka dan berhati-hati, selain memberitahu supaya segera menutup gerai jika paras air meningkat,” katanya.
Pekan Rantau Panjang ketika ini masih digenangi air dan dalam paras bahaya.
Sumber: HARIAN METRO
PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply