Ikan Paling Mahal Di Dunia Hidup Di Sarawak, Nak P3ngsan Tengok Harga!

Kebelakangan ini, media sosial Malaysia dihujani dengan isu ikan siakap yang tular dengan beberapa kejadian. Sehingga ada beberapa individu menggelarkan ikan siakap sebagai makanan orang kayangan.

Boleh mencecah RM1,800 sekilo

Tapi tahukah anda ada spesis ikan yang popular di sungai Sarawak yang diberi nama ikan Empurau.

Harga ikan Empurau ini boleh mencecah RM1,800 sekilo. Manakala, dalam pasaran Sarawak pula boleh mencecah RM800-RM1,000 sekilo.

Ikan empurau

adalah bagi ikan Empurau liar sahaja. Bagi ikan Empurau yang diternak, harganya jauh lebih murah dan bergantung kepada saiz ikan berkenaan.

Kenapa ikan ini terlalu mahal harganya?

Selain permintaan yang tinggi terhadap ikan empurau, harganya yang melambung tinggi juga disebabkan ikan ini amat sukar didapati atau ditangkap.

Ini kerana habitat ikan empurau liar memerlukan persekitaran air yang sejuk, air sungai yang bersih, dan berarus cepat. Hanya di kawasan hulu sungai di Sarawak ada kondisi sebegini.

Empurau Iiar juga memakan buah-buahan sungai seperti “engkabang” yang menjadikan daging dan lemaknya mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

Sumber : Harmagidun | 0hviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*