“Saya Berharap Anak Selamat”, Hong Mei Jing, Guru (SJKC) Salah satu Mangs4 Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm-.

“Saya Berharap Anak Selamat”, Hong Mei Jing, Guru (SJKC) Salah satu Mangs4 Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm-.

Hulu Selangor: “Saya berharap anak sudah ke hospital (selamat dan mendapatkan rawatan) dan kalau masih di lokasi kejadian, saya sudah tiada harapan tetapi mahu sangat dia segera ditemui,” kata Tan Ah Choe.

Ah Choe, 66, adalah ibu kepada seorang mangsa yang masih belum ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, dekat sini.

Dia berkata, anak perempuannya, Hong Mei Jing, 28, iaitu guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong ke tapak perkhemahan itu bersama beberapa rakan dari sekolah sama.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian tanah runtuh itu daripada rakannya sebelum anak bongsunya turut memaklumkan Mei Jing tidak dapat dihubungi pagi tadi.

“Anak beritahu dia mahu bercuti di Batang Kali dan saya terkejut apabila mendapat tahu berita kejadian itu juga di kawasan sana.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa khabar berita mengenai anak dan mereka (pihak berkuasa) meminta saya menunggu saja dulu,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Yam Bharu, di sini, hari ini.

Ah Choe berkata, dia berharap anaknya itu segera ditemui dalam keadaan apa sekali pun dan turut mengakui resah menunggu perkembangan kes.

“Selagi saya tidak tahu keadaan anak, hati ini tidak tenang… saya sangat berharap dia ditemui segera,” katanya yang tinggal di Jinjang sambil memberitahu anaknya itu sudah berkahwin.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, lima lagi individu disahkan maut dalam insiden tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 16 orang.

Sumber: HARIAN METRO

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*