“Redha Akan Ketentuan Ilahi..”, Pelakon Beto 14 Tahun Menunggu, Masih Belum Rezeki Miliki Zuriat-.

“Redha Akan Ketentuan Ilahi..”, Pelakon Beto 14 Tahun Menunggu, Masih Belum Rezeki Miliki Zuriat-.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Beto Kusyairy reda dengan ujian yang diberikan Tuhan apabila dia dan isteri, Tisha Shahar masih belum dikurniakan dengan kehadiran zuriat walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir 14 tahun.

Beto atau nama penuhnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, berkata, soal zuriat lazim diajukan kepada mereka, namun, dia dan isteri sedikit pun tidak menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang diberi setakat ini.

“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tetapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.

“Tetapi tidak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi dan boleh bekerja itu semua rezeki,” katanya.

Sementara itu, Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

“Hendak kata tidak berusaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

“Tetapi mungkin memang Tuhan sudah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” jelasnya.

Malah, dramatis ini juga bersyukur kerana dia dikurniakan dengan keluarga yang sangat memahami, malah, tidak pernah mengajukan soalan mengenai zuriat baik kepadanya mahupun isteri.

“Seperkara lagi, saya bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup faham situasi kami.

“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” ujarnya.

Beto dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu iaitu pada tahun 2008. -XTRA

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*