[V] Adenovirus serang paru-paru! Luluh hati ibu tengok anak menangis tanpa suara, air mata cerita derita ditanggung

ANTARA ujian yang paling berat bagi ibu bapa ialah apabila anak diserang penyakit.

Bagaimanapun, dugaan inilah yang perlu dihadapi pasangan suami isteri ini yang berkongsi tentang penyakit anaknya di TikTok.

“Tiba-tiba saya tengok dia mengalirkan air mata tanpa suara.

“Saya tahu banyak benda dia nak beritahu, dia baru berumur setahun.

“Dia tak tahu cara nak cerita dekat saya. Terus kuat ya, Arralyn.

“Saya tak bagi dah sesiapa buat awak sakit,” tulisnya di akaun TikTok.

Bayi ini mengalami radang paru-paru akibat Adenovirus

Melalui video yang dimuat naik di media sosial itu, Arralyn Nur Salsabila, bayi yang baru berumur setahun tiga bulan itu difahamkan menghidap radang paru-paru akibat Adenovirus.

Menurut portal MyHealth, Adenovirus merupakan kuman yang boleh menyebabkan pneumonia iaitu radang atau inflimasi pada paru-paru.

Pemilik akaun TikTok itu, Illa Ashilla, dipercayai ibu kepada Arralyn berkata antara tanda-tanda awal penyakit ini yang ditunjukkan anaknya termasuklah batuk, selesema dan demam selama seminggu.

Memetik MyHealth lagi, bacaan oksigen yang normal ialah antara 95 sehingga 100 peratus tetapi pada peringkat awal virus itu menyerang Arralyn, bacaannya lebih rendah iaitu 86 peratus.

Terdapat juga netizen di TikTok yang berkongsi pengalaman sama yang berlaku kepada anaknya.

“Adenovirus, kuman yang sangat kuat menyerang paru-paru. Anak saya meninggal pada tahun 2013, dalam masa dua minggu. Moga terus kuat melawan kuman tersebut,” katanya.

Komen tersebut mengakibatkan dia bimbang dan menggigil ketakutan, kerana anaknya sedang sendirian melawan penyakit dihidapi di hospital.

Dalam satu video TikTok yang pernah dimuat naik sebelum ini, kelihatan Arralyn tidak sedarkan diri selama empat hari pada awal Disember.

“Bangunlah sayang. Dah empat hari awak tak bangun. Mama rindu senyuman, gelak tawa awak,” ujarnya di kapsyen video.

Namun begitu, Ashilla tetap yakin bahawa anaknya akan sembuh, diiringi doa daripada keluarga, dan juga pengikutnya di TikTok.

Antara komen netizen di TikTok

Video bayi menangis sambil memakai alat bantuan pernafasan ini mendapat hampir 600,000 tontonan dan 57,000 tanda suka di TikTok.

Rata-rata komen netizen memberi semangat kepada Ashilla dan Arralyn untuk terus kuat melawan Adenovirus tersebut.

“Aku tak boleh kalau bab anak ini. Dah la sama umur dengan anak saya sendiri pula. Makcik doakan awak cepat sembuh ya, adik.

“Kesiannya ya Allah, kecil-kecil menanggung perit. Semoga ada keajaiban, sembuhkanlah dia seperti anak-anak lain.

“Walaupun masih kecil, dah pandai nangis tahan suara. Teruskan kuat ya, adik. Abang akan doakan awak,” kata seorang netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 Sumber : Mstar | Penulis Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*