Pemain Maghribi Tetap Sujud Tanda Syukur Pada Yang Maha Esa, Walau Kal4h Dan Gag4l Ke Final-.

Pemain Maghribi Tetap Sujud Tanda Syukur Pada Yang Maha Esa, Walau Kal4h Dan Gag4l Ke Final-.

Kehadiran pasukan Maghribi ke pentas Piala Dunia kali ini menyajikan banyak kisah yang menyentuh hati peminat bola sepak di seluruh dunia. Bermula tularnya foto keakraban para pemain dengan ibu bapa mereka sehinggalah kejayaan mereka menumbangkan pasukan gergasi, Maghribi sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera.

Terbaru, skuad ini sekali lagi menunjukkan kepada dunia keindahan yang cuba mereka bawakan di Piala Dunia Qatar 2022 ini. Walapun terpaksa menelan pahit kekalahan dan terlepas peluang mencipta sejarah, mereka tetap berlapang dada dengan takdir yang menimpa.

Kali ini, lensa kamera berjaya merakam detik yang sangat mengahrukan apabila pemain-pemain Maghribi dilihat melakukan sujud syukur biarpun baru sahaja dikecewakan Perancis, tanda syukur atas nikmat yang diberi oleh Yang Maha Esa kepada mereka.

Pemain-pemain juga tidak melepaskan peluang menzahirkan rasa penghargaan mereka kepada para peminat yang datang dari jauh dan berjuang bersama mereka di stadium.

Selain daripada penerapan unsur Islam dan kemanusiaan, aksi pasukan ini berjaya menyatukan hati penduduk Arab, Afrika dan komuniti Islam di seluruh dunia.

Rata-rata para peminat mengatakan, walaupun pasukan ini tidak memenangi perlawanan tersebut, mereka sudah memenangi hati komuniti bola sepak.

Terdahulu dalam perlawananseparuh akhir kedua mempertemukan kedua-dua pasukan, Maghribi tewas selepas dibolosi dua gol yang dijaringkan oleh Theo Hernandez pada minit kelima dan Randal Kolo Muani pada minit ke-79.

Dengan jaringan dua gol tersebut, ia memadam terus hasrat Maghribi untuk terus mencipta sejarah dan pada masa yang sama melayakkan Les Blues ke perlawanan akhir menentang Argentina.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, Maghribi yang turun sebagai pasukan bukan pilihan berjaya menampilkan corak permainan yang menakjubkan malah mempunyai penguasaan permainan sebanyak 62 peratus.

Mereka juga melakukan 13 percubaan, kurang satu berbanding Perancis dan mempunyai jumlah percubaan tepat yang sama, iaitu tiga. Maghribi juga melakukan sebanyak 575 hantaran berbanding Perancis yang hanya melakukan 363 hantaran.

Kemaraan mereka sehingga ke pusingan separuh akhir ini juga dianggap sebagai satu sejarah kerana menjadi negara Afrika dan Arab pertama yang berjaya melangkah sejauh tersebut.

Malah, dalam perjalanan bertemu Perancis ini, mereka menumbangkan beberapa pasukan gergasi dan calon juara, antaranya Belgium, Sepanyol dan juga Portugal.

Dengan kekalahannya di peringkat separuh akhir, Maghribi bagai menentang Croatia untuk perlawanan tempat ketiga dan keempat.

Sumber: SIAKAP KELI

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*