“Tercampak dari permainan funfair” – Keluarga mangsa kongsi gambar keselamatan permainan ke ‘laut’

Sejak semalam lagi, kecoh dengan berita yang tidak menyenangkan datang dari satu lokasi ‘fun fair’ di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor. Siapa sangka di tengah keterujaan orang ramai enjoy bermain pelbagai permainan yang disediakan, malah terjadi detik hitam buat sebuah keluarga ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.50 malam itu, seluruh ‘fun fair’ tersebut gamat apabila dua wanita dan juga seorang kanak-kanak dipercayai adik beradik telah pun tercampak keluar dari permainan ‘Sotong Ride‘. Ketika insiden tersebut berlaku, permainan berkenaan baru sahaja bermula dalam beberapa pusingan sebelum tiba-tiba kelihatan lost control.

Turut menjadi kebetulan apabila salah seorang pengunjung yang berdiri berhadapan lokasi tersebut sempat merakam detik-detik ketika kejadian itu berlaku. Terbaru beberapa jam lalu, salah seorang ahli keluarga kepada individu yang dibawa terima rawatan telah memuat naik beberapa keping gambar kerusi dari permainan berkenaan. Dalam foto tersebut, kelihatan jelas ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan sepatutnya.

Namun dia sangat bersyukur kerana adik dan juga kakaknya berada dalam keadaan selamat meskipun mengalami beberapa kecederaan. Ketika dibawa menaiki ambulans, kanak-kanak tersebut masih tenang diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke pusat perubatan.

Sumber : KisahDunia | Penulis KD | Facebook Reels

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*