“hanya kerana duit,ibu dibuang ke sungai oleh anak” – Artis Dihentak Kayu Besbol & Dicampak Ke Sungai Oleh Anak

Betullah orang kata, kalau hal-hal melibatkan harta ini bukan sahaja boleh pecah belahkan keluarga tapi boleh jadi lebih teruk dari itu. Ketika perkara berkenaan berlaku, masing-masing seolah tidak kenal yang mana satu kawan dan juga lawan. Sedih untuk mengatakan tapi realitinya memang benar-benar terjadi di luar sana.

Di India, seorang pelakon veteran Bollywood iaitu Veena Kapoor telah pun ditemukan tidak bernafas lagi dalam sebuah sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai. Siapa sangka fakta kejadian yang berlaku ini bakal mengejutkan dunia hiburan negara tersebut apabila riwayat artis berusia 74 tahun berkenaan tamat di tangan anak lelaki sendiri.

Foto Sungai di Daerah Raigad

Awalnya, kehilangan selebriti berkenaan dari kediaman telah menimbulkan perasaan syak wasangka salah seorang anaknya yang lain serta jiran sebelum dikhabarkan kepada pihak polis. Si abang dan juga pengawal keselamatan memang sedari awal mencurigai Sachin Kapoor kerana dikatakan mempunyai masalah dengan ibunya.

Setelah disoal pihak polis, Sachin mengakui telah bertengkar hebat dengan ibunya soal perebutan sebuah aset bernilai lebih 6 juta ringgit. Gara-gara berang dengan keadaan itu, lelaki berkenaan akhirnya mencederakan wanita tersebut di kepala dengan kayu besbol sebelum tubuh itu dicampak ke sungai.

Sumber : KisahDunia | Portal Pinkvilla | Economic Times

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*