Ibu Kongsi Detik Cemas, Anak Disambar Buaya Masa Nak Ambil Ayam Di Bawah Rumah

Tak dinafikan, kejadian melibatkan buaya dan penduduk semakin menjadi-jadi pula sejak kebelakangan ini. Bahkan pada Khamis lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu cedera di bahagian kaki kanannya akibat dibaham reptilia berkenaan di Kampung Air, Lahad Datu.

Menurut Azlina Abdul Rahman, ketika itu anak lelakinya turun ke bahagian bawah rumah mereka untuk ambil seekor ayam. Bagaimanapun, sepupunya menjerit apabila ternampak kelibat buaya dan Mohd Nazri berusaha untuk menyelamatkan diri. Namun malang tidak berbau, ia sempat membaham kakinya.

Pun begitu, mujurlah Mohd Nazri dibantu beberapa orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. Meskipun nyaris kena libas dengan ekornya, namun budak lelaki itu akhirnya dilepaskan oleh buaya tersebut sebelum dikejarkan ke pusat perubatan Lahad Datu untuk terima rawatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menarik nafas lega apabila kanak-kanak Darjah 1 berkenaan terselamat daripada insiden menakutkan itu. Dalam waktu yang sama, mereka berharap agar penduduk setempat mengambil iktibar dan sentiasa pantau aktiviti anak dari semasa ke semasa.

Sumber : KisahDunia | FB Azlina Abdul Rahman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*