
Satu perkongsian di laman facebook beberapa ketika lalu, dimana seorang rider FoodPanda sedang menunaikan solat di koridor rumah seseorang yang tidak dikenali mendapat perhatian warganet.
“Maaf bang.. saya dah lewat”
Itulah perkataan yang keluar dari mulut rider itu.
Abang rider tersebut dikatakan telah memberi salam dekat tuan rumah tu tapi tiada siapa yang balas dan kebetulan dia melihat ada paip air di kawasan rumah berkenaan. beliau tanpa berfikir panjang terus mengambil air wudhu dan solat.Beliau mengatakan lantai koridor rumah tu bersih dan ada pula ayat qursi tergantung di pintu..jadi beliau pun solatlah.
Nak dijadikan cerita, setelah selesai solat rupanya pemilik rumah telah melihat rider ni solat di koridor rumahnya sewaktu dia pulang daripada bekerja. Lalu, rider ni pun meminta maaf kepada pemilik rumah berkenaan.
Namun, pemilik rumah ini tak m4rah pun rider ni tumpang solat di luar rumahnya malah membenarkannya untuk solat di situ. “Tak pe dik..kau solat lah. Kiblat kau tu pun betul..mungkin hidayah Allah.”
Sikap masyarakat sebegini patut dicontohi oleh semua orang tanpa memikirkan pr4sangka bvruk terhadap orang lain.
Di dalam kesibukan bekerja seharian, waktu solat tetap perlu dijaga bagi mereka yang bergelar Muslim. Itulah satu daripada mencari keberkatan dalam pekerjaan yang dilakukan sehari-hari. Rezeki yang kita perolehi dalam bekerja akan menjadi lebih berkat. Insyallah
Sumber : SumberMaklumat Via Truenewstime-24
Leave a Reply