“Ada yang kenal ke?” – Miliki wajah seiras, Shuib mahu jumpa ‘abang askar’

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu ada memuat naik sekeping gambar memperlihatkan seorang lelaki yang lengkap mengenakan pakaian seragam di laman Instagram miliknya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mengakui, lelaki dipercayai anggota kontinjen Malaysia Battalion (MALBATT) itu mempunyai wajah seiras dirinya sehingga menarik perhatian ramai.

“Ye macam sama, tapi bukan. Salah salah,” tulis penyampai radio Suria FM itu semalam.

Malah, Shuib yang juga usahawan perniagaan minuman BubbleBee turut bertanya kepada pengikut sekiranya terdapat individu mengenali lelaki tersebut sekali gus boleh bertemu antara satu sama lain.

“Ada yang kenal ke abang ni? Tolong tag dia, teringin nak jumpa,” kata bapa tunggal empat cahaya mata itu.

Gambar berkenaan menerima lebih 105,000 tanda suka dan 1,033 komen netizen yang meluahkan rasa terhibur selain bersetuju bahawa ‘abang askar’ tersebut mempunyai wajah mirip dengan Shuib.

Pada masa sama, ada juga segelintir netizen berseloroh mengusik Shuib kononnya dalam diam-diam telah ‘kantoi’ menyertai pasukan tentera.

Bulan lalu, media melaporkan seramai 854 anggota terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) kumpulan pertama MALBATT 850-10 ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL).

Sumber : Ohmymedia Via IG@Shuib dan FB@Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*