“Jangan Kec4m Melamp4u Macam @syifamelvin Takdak Mak Bapa”, Ibu Minta Netizen Berhenti Kec4m Syifa Melvin-.

“Jangan Kec4m Melamp4u Macam @syifamelvin Takdak Mak Bapa”, Ibu Minta Netizen Berhenti Kec4m Syifa Melvin-.

Walaupun majlis pernikahan pemain bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dengan influencer terkenal, Syifa Melvin tidak diuar-uarkan kepada umum, namun masih ramai yang dapat meneka tentang hari istimewa mereka susulan beberapa gambar kad undangan perkahwinan ‘bocor’ di media sosial.

Syifa Melvin Kahwin
Pasangan tersebut telah selamat mendirikan rumah tangga apabila dengan sekali lafaz sahaja Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin sah menjadi isteri kepada Safawi.

Ibu Syifa tegur netizen
Namun begitu, ada sesetengah netizen seakan kurang senang dengan pernikahan Safawi hanya disebabkan kehidupan Syifa yang banyak terlibat dengan selebriti.

Pelbagai kata negatif dilemparkan kepada adik artis terkenal, Syatilla Melvin itu sehingga membuatkan ibunya memuat naik satu hantaran di Insta Story miliknya.

Menurut ibu kepada Syifa Melvin, dia meminta agar orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya.

Jodoh tu rahsia Allah
Susulan daripada itu, Syifa dilihat memuat naik semula kenyataan ibu tersayang dengan mengucapkan terima kasih diatas kata-kata yang bijak tersebut.

Dia juga memaklumkan bahawa jodohnya dengan Safawi sudah menjadi urusan Allah S.W.T.

Untuk rekod, Safawi dan Syifa sememangnya sudah lama digosipkan bersama. Namun, mereka memilih untuk tidak menguar-uarkan perhubungan mereka walaupun ramai yang dapat menghidu kisah cinta mereka sejak sekian lama.

Pasangan tersebut telah selamat bergelar suami isteri pada 28 November 2022 dan 3 Disember pula akan dilangsungkan majlis sambut menantu bagi pihak keluarga Safawi.

Sumber: OH MY MEDIA

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*