Akib4t Kejadian Kepala Air, 10 Sekeluarga Terper4ngkap 4 Jam-.

Akib4t Kejadian Kepala Air, 10 Sekeluarga Terper4ngkap 4 Jam-.

Hulu Selangor: Seramai 10 sekeluarga yang beriadah di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali, di sini, berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air, hari ini.

Mereka yang berusia enam hingga 63 tahun itu dipercayai terperangkap di lokasi kejadian hampir empat jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat 10 mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

“Manakala dua lelaki dan dua wanita pula masih berada di seberang sungai akibat kepala air yang mengalir daripada hulu sungai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Sungai Buloh berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Ketika ini, anggota bomba berjaya pergi ke seberang sungai dan dalam proses memindahkan mangsa ke tempat selamat.

“Kemas kini kerja penyelamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber:  HARIAN METRO

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*