Lelaki Ini Berpakaian Selekeh Tiba2 Beritahu Mahu Nak Kereta Secara Tunai…Siapa yang tak TERKEJUT

Lelaki Ini Berpakaian Selekeh Tiba2 Beritahu Mahu Nak Kereta Secara Tunai…Siapa yang tak TERKEJUT

Seorang lelaki berusia 69 tahun berpakaian selekeh telah datang ke pusat pameran kereta, namun dipandang remeh oleh pengawal keselamatan di kedai jualan kereta itu.

Ini kerana dilihat dari penampilannya, pelanggan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wardji berpakaian seakan ‘pengemis’ dan seperti tidak berduit untuk membeli kereta. Namun begitu, pengawal keselamatan ini kemudian merujuk lelaki tersebut kepada seorang pegawai jualan.

Menurut Dezy Ais yang merupakan Pegawai Jualan di PT Mandiri Zirang Utama, Sragen, dia dan pengawal keselamatan yang merujuk lelaki itu kepadanya terkejut kerana tidak menyangka lelaki itu merupakan pelanggan yang mahu membeli kereta di kedai tersebut kerana menyangka dia adalah pengemis.

Malah Dezy Ais juga turut mahu memberikan duit kepada Wardji namun ditolaknya dan memberitahu tujuannya kedatangannya adalah untuk membeli kereta.

“Saya nak tengok kereta Cik. Nak beli. Duit saya ada sekitar Rp. 170 (juta). Ada yang duit simpanan, ada yang duit pusaka”

Dezy Ais yang terkejut mendengar kata-kata itu bagaimanapun tetap melayan Wardji itu dengan baik seperti mana dia melayan pelanggan-pelanggan lain.

Dia membawa pelanggan lelaki itu melihat-lihat beberapa kereta yang dipamerkan di dalam ruang pameran. Namun begitu, lelaki itu tidak membuat pembelian terus tetapi berjanji akan datang semula ke situ dan membawa duit yang cukup.

Lelaki itu kemudiannya pulang ke rumah dan datang semula keesokan harinya. Dezy Ais dan staf di kedai jualan kereta itu terkejut apabila dia datang dengan membawa guni yang berisi duit dan duduk di lantai untuk mengira duitnya.

Beberapa orang pekerja juga turut membantu mengira duit yang dibawa oleh Wardji dan selepas dikira dalam masa lebih kurang 3 jam, jumlahnya adalah sebanyak Rp 180 juta (RM54,229).

Kereta yang dipilih oleh Wardji adalah kereta Daihatsu Sigra terbaru, yang harganya lebih kurang Rp 180,4 Juta (RM54,349), iaitu sedikit sahaja berbeza dengan duit yang dibawanya dalam guni.

Selepas mencukupkan bayaran, kereta Daihatsu Sigra berwarna putih pun terus dihantar ke rumah Wardji yang terletak di Desa Bangunsari, Sragen, Jawa Tengah.

Menurut Wardji, tujuan utamanya membeli kereta adalah untuk memudahkan dia untuk pulang ke kampung. Hal ini kerana kesukaran dia mendapatkan bas untuk balik ke kampung kerana jarang ada bas yang mahu berhenti untuk ditumpanginya.

Sumber: imuslimnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*