
Berita Duk4, Penyanyi Zamani Amat Sedlh, Selepas kakak, Abang Pula M3ninggal Duni4-.
Kuala Lumpur : Abang kepada penyanyi popular, Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim, 57, yang meninggal dunia malam tadi selamat dikebumikan di Kampung Melayu Subang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, hari ini.
Rakan Zamani, Ahmad Naqiuddin ketika dihubungi berkata, dia ada berjumpa dengan Zamani pagi ini dan penyanyi itu amat sedih kerana sebelum dia kehilangan kakak dan sekarang, abangnya pula meninggal dunia.
“Saya pun nak tanya lebih-lebih, keadaan tak sesuai juga. Dengan keadaannya yang baru saja menjalani pembedahan dan masih menjalani sesi fisioterapi, risau juga,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi.
“Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh. Selepas jenazahnya disempurnakan di hospital, jenazah kemudian dibawa ke surau berhampiran kediamannya.
“Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Kampung Melayu Subang dan semuanya selesai sekitar jam 10.30 pagi tadi,” katanya.
Difahamkan, Zulfazil ada melawat Zamani ketika menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit Scoliosis pada 7 November lalu.
Sebelum ini, kakak Zamani, Zuraidah meninggal dunia pada 26 September lalu akibat komplikasi buah pinggang.
Sumber: HARIAN METRO
PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.
Very good article. I absolutely love this site. Thanks!
You should take part in a contest for one of the finest blogs on the web. I most certainly will highly recommend this website!