TNB Minta Orang Ramai Elak Kerja Meng0rek Tanah Esok, Takvt Terkena Kabel Elektrik, Pastikan Tiada “Blackout”-.

TNB Minta Orang Ramai Elak Kerja Meng0rek Tanah Esok, Takvt Terkena Kabel Elektrik, Pastikan Tiada “Blackout”-.

Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan hari pengundian esok berjalan dengan baik.
Berdasarkan sebuah kenyataan di Facebook, TNB Careline berkata pihaknya akan memastikan bekalan elektrik bagi semua pusat mengundi dan pusat penjumlahan undi di seluruh Malaysia berjalan lancar semasa PRU15.

Difahamkan terdapat sebanyak 6,623 buah Pusat Mengundi dan 165 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada masa sama, pihak TNB meminta juga kerjasama semua pihak agar dapat mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah pada hari tersebut.

Ini adalah satu usaha bagi mengurangkan risiko sentuhan terhadap kabel elektrik, sekali gus dapat menghindari kebarangkalian berlakunya gangguan bekalan elektrik ataupun dikenali sebagai fenomena ‘blackout‘ akibat kerosakan pada kabel tersebut.

Akhir sekali, pemilih berdaftar diingatkan semula agar untuk turun mengundi pada esok hari (19 November 2022) dan tidak melakukan apa-apa perkara yang mempu mencetuskan kontroversi mahupun mengganggu urusan PRU15.

Sumber: SIAKAP KELI

PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*