
Mangs4 Banjir Rela Korb4nkan Harta Demi Menyel4matkan Kucing Peliharaannya-.
Dengkil: “Saya hanya sempat menyelamatkan kucing peliharaan manakala semua perkakas elektrik di dalam rumah rosak ditenggelami banjir,” ujar mangsa banjir, Norhaslinda Mohamad Hasbor, 48, yang menetap di Kampung Cemperai.
Norhaslinda yang juga pekerja sebuah syarikat elektronik di Bangi berkata, banjir berlaku amat pantas dan menenggelamkan kediamannya sedalam lebih 1 meter jam 7 pagi tadi,.
“Menjadi rutin kehidupan saya bangun pada jam 5.30 pagi bagi memeriksa kucing yang diletakkan di dalam sangkar di belakang rumah sebelum pergi bekerja.
“Namun belum sempat keluar bekerja, kawasan hadapan rumah mula ditenggelami banjir. Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan 10 ekor kucing yang berada di dalam sangkar.
“Saya segera memasukkan semua kucing itu ke dalam bakul sebelum dipindahkan ke lokasi lebih tinggi. Suami, Hairi Abdullah, 52, dan anak tunggal, Muhammad Dhia Hajid, 19, turut membantu menyelamatkan kucing kami,” katanya tadi.
Dia yang meminati kucing sejak 20 tahun lalu yakin semua kucingnya akan mati lemas jika tindakan pantas menyelamatkan haiwan itu tidak dilakukan.
“Banjir yang berlaku hari ini (semalam) tidak jauh bezanya dengan banjir yang berlaku Disember tahun lalu,
“Penduduk di sini mengalami kerugian berikutan barangan elektrik dan perabot baharu diganti susulan banjir besar tahun lalu turut mengalami kemusnahan sekali lagi,” katanya.
Caption.
DENGKIL 17 NOVEMBER 2022.Norhaslinda memeriksa kucing yang berjaya diselamatkan ketika banjir kilat berlaku. Foto/NSTP Samadi Ahmad
Sumber:HARIAN METRO
PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply