
Remaja Hil4ng Sebelah Paru-paru, Viral Rakaman Terc4mpak Dari Buaian “Fun Fair” & Kena Tiang-.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan tercampak dari salah satu permainan di sebuah pesta yang sedang bergerak laju sehingga menyebabkan dia kehilangan salah satu daripada paru-parunya.
Difahamkan, ketika itu mangsa sedang menunggang permainan iaitu ‘wave swinger’ iaitu permainan yang seakan-akan buaian yang berpusing laju ketika menyambut Halloween di Bandar Urdaneta, wilayah Pangasinan pada 1 November lalu.
Memetik Daily Mail, permainan tersebut dilihat berputar dengan sangat laju bersama-sama dengan jeritan kegembiraan dari orang ramai yang turut menunggang permainan tersebut.
Malangnya, jeritan kegembiraan itu bertukar menjadi jeritan ketakutan apabila beberapa saat kemudian salah seorang penunggang dilihat tercampak dan melayang dari tempat duduknya hingga merempuh satu set gril keluli bersama-sama dentuman yang kuat.
Selepas itu, pengunjung yang juga berada dan menyaksikan kejadian ngeri tersebut segera membawa mangsa ke hospital terdekat kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan terselamat, namun terpaksa menjalani rawatan pneumonektomi untuk membuang salah satu paru-paru miliknya yang rosak akibat impak dari tragedi itu.
“Doktor memaklumkan bahawa dia (mangsa) kini perlu lebih berhati-hati kerana hanya mempuntai satu sahaja paru-paru,” jelas ibu mangsa.
Dalam pada itu, ibu mangsa berharap penganjur atau pemilik pesta tersebut tidak mereka-reka cerita dengan mengatakan anaknya yang membuka kunci kerusi permainan tersebut dengan sengaja.
“Kenapa pula dia mahu melakukan perkara tersebut sedangkan permainan tersebut sedang berpusing dengan sangat laju,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pegawai polis Pangasinan, Mejar Jeneral Polis Ria Tacderan berkata, pihak mereka kini masih lagi sedang menyiasat insiden tersebut dan masih terdapat beberapa persoalan yang masih belum berjaya dirungkai.
“Masalah yang kami sedang alami adalah tidak dapat memastikan sama ada terdapat atau tidak pihak yang memantau serta memeriksa tunggangan tersebut sebelum ia digunakan,” jelasnya.
Difahamkan juga, ‘The Wave Swinger’ tersebut telah digantung dari beroperasi sementara siasatan masih berjalan.
Disamping itu juga, menurut pihak polis, tapak pesta tersebut mempunyai permit dan beroperasi secara sah tapi boleh ditarik semula dan dibatalkan jika terdapat sebarang pelanggaran keselamatan berlaku.
PERHATIAN: Pihak NZDIGITAL tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NZDIGITAL Ya. Terima Kasih.
Sumber: SIAKAP KELI
Leave a Reply