“Nampak empat lelaki dalam tu..” Budak 8 tahun diajak naik kereta lelaki tak dikenali depan sekolah, akhirnya ini yg berlaku

“Nampak empat lelaki dalam tu..” Budak 8 tahun diajak naik kereta lelaki tak dikenali depan sekolah, akhirnya ini yg berlaku

PASIR PUTEH – Seorang murid tahun dua berdepan detik cemas apabila dia dipercayai diajak empat lelaki yang tidak dikenalinya untuk menaiki sebuah kereta semasa berada di depan sekolah di Selising di sini semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semasa kanak-kanak berusia lapan tahun itu sedang menunggu ibunya untuk menjemput pulang dari sekolah.

Bapa kanak-kanak itu,Ahmad ismail,57, berdasarkan cerita anakanya, salah seorang lelaki memaklumkan kepadanya bahawa saya dan isteri tidak datang menjemput kerana pergi ke klinik.

Menurutnya cemas apabila disapa oleh individu tidak dikenali .anaknya terus bertindak dengan melarikan diri masuk semuka ke dalam sekolah.

“Dia sempat melihat empat lelaki itu,namun tidak pasti kereta yang dinaiki mereka.Saya amat bersyukur kerana dia bertindak pantas dengan masuk semula ke dalam sekolah.Alhamdulilah , dia selamat.

“Saya membuat pendedahan ini bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya ibu bapa agar cakna terhadap anak-anak.Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini,”Katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dia sentiasa mengingatkan anak kelima daripada enam beradik itu agar tidak mengikut orang yang tidak dikenali terutamanya semasa pulang dari sekolah.

Katanya, dia bersyukur apabila anaknya mendengar nasihat itu sekali gus dapat mengelakkan daripada berlaku kejadian culik.

Sementara itu, Ketua Polis Daearah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi berkata, tiada sebarang laporan dibuat berhubung kes itu setakat ini.

Menurutnya, sebarang berita yang boleh mecetuskan kebimbangan orang ramai perlu disemak dengan teliti dan disahkan dengan pihak polis terlebih dahulu.

“Saya nasihatkan orang ramai tidak menyebarkan menularkan berita tidak sahih yang menimbulkan kegusaran orang ramai menerusi media sosial. Sebaliknya terus melaporkan kepada polis jika ada kesahihan kejadian itu,” katanya.

Tambah Zaizul Rizal, individu yang menyebarkan berita tidak berasas boleh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook milik seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya nyaris menjadi mangsa culik di sebuah sekolah di Pasir Puteh.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan orang ramai bimbang apabila banyak cubaan culik kanak-kanak berlaku sejak akhir-akhir ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*