Ebit Lew Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

Ebit Lew Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

Pengamal media dan pasukan polis mula berkumpul seawal 8 pagi ini di Mahkamah Majistret Tenom di Sabah bagi membuat liputan berkenaan kes pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew.

Perbicaraan yang bermula hari ini sehingga 30 September melibatkan kes gangguan seksual yang membabitkan pendakwah bebas itu.

Menurut Bernama, Ebit Lew yang berusia 37 tahun, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Beliau dilaporkan turut dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu pada Februari lepas, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pendakwah Ebit Lew tiba 9 pagi di Mahkamah Majistret Tenom.

Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac & Jun tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*