Ulama Tersohor Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

Ulama Tersohor Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

Ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan meninggal dunia sebentar tadi pada usia 96 tahun menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Dalam kenyataan tersebut, memaklumkan berita pemergian cendiakawan Islam tersebut di platform media sosial berkenaan.

“Yang mulia Imam Youssef Al-Qardawi telah kembali ke rahmatullah. Beliau yang telah mengabdikan dirinya dalam syariat Islam dan membela bangsanya. Kami berdoa agar Allah mengangkat darjat dan menerima amalan solehnya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman.” tulis Facebook rasminya.

Beliau meninggal dunia pada petang tadi dan majlis pengebumian serta lokasi masih belum dimaklumkan.

Maklumat lanjut menyusul kemudian.

Sumber: Facebook Rasmi الشيخ يوسف القرضاوي

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*