
Ibu nampak sesuatu dalam CCTV bilik tidur anak, momen pukul 1 pagi bikin sebak… Si bongsu sampai demam rindu nak ‘jumpa’ abah
Kiri rakaman CCTV menunjukkan anak kedua serta bongsu menatap foto arwah, kanan tiga anaknya di kubur arwah.
BUKAN bantal busuk menjadi peneman tidur, sebaliknya bingkai gambar yang disimpan dalam laci meja di tepi katil mampu melenakan anak-anak.
Baik si kecil yang sedang menghisap botol susu, mahupun si abang baring bersebelah, masing-masing bersilih ganti menatap dan memeluk foto arwah bapa mereka.
Momen menyentuh emosi itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidur anak-anak, dan dikongsikan oleh seorang ibu tunggal di laman sosial.
View this post on Instagram
Berkongsi cerita kepada mStar, ibu tunggal itu, Edda Norizhan Ahmad tidak menyangka melihat momen itu menerusi CCTV.
Malah, wanita berusia 35 tahun itu mengakui sebak apabila dua anaknya menatap foto wajah arwah suaminya yang meninggal dunia pada 6 Jun 2018.
“Suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu. Ketika itu anak bongsu saya baru berusia 52 hari.
Gambar-gambar pada bingkai yang memaparkan arwah bersama keluarga.
“Rakaman CCTV tu beberapa hari lalu sekitar pukul 1 pagi. Saya saja nak tengok anak-anak dah tidur ke belum.
“Saya terkejut bercampur sedih melihat anak kedua dan anak bongsu masing-masing berusia sembilan dan empat tahun memeluk frame gambar yang menggabungkan beberapa foto arwah abah mereka, sampai terlena,” katanya kepada mStar.
Edda yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata berkata, anak lelaki bongsunya yang mesra dipanggil Baby seakan faham dibesarkan sebagai anak yatim.
“Masa abah mereka pergi, Baby baru 52 hari. Dia hanya mengenal abahnya daripada saya, abang-abang dan kakaknya yang selalu bercerita tentang arwah.
“Sebelum rakaman CCTV tu, Baby demam dan dia beritahu rindu abah. Dia tanya saya bila nak balik ke rumah neneknya di Jerantut, Pahang sebab arwah dikebumikan di sana,” ujarnya yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan.
Kiri anak bongsu bersama kain pelikat arwah, kanan anak kedua menatap foto bersama arwah.
Walaupun masih kecil, Edda memberitahu bahawa anak bongsunya mengenali arwah sebagai seorang bapa yang penyayang dan sedaya-upaya untuk menggembirakan anak-anak.
“Anak bongsu selalu tanya, ‘Mama, dulu masa kecil abah ada bawa Baby jalan-jalan?’ Saya cuma kata abah sayang semua, bawa adik-beradik jalan-jalan, dukung Baby masa dia kecil.
Apabila saya memandu kereta, mereka pesan hati-hati, tak mahu kemalangan macam abah kena langgar.
EDDA
“Baby pernah juga tanya gambar dia bersama abah. Tak sempat sebab masa tu dia kecil lagi. Tapi Baby ni seorang yang ceria seperti abah dia, jadi dia selalu positif,” tambahnya.
Edda yang berniaga baju secara dalam talian turut mengakui sifat penyayang arwah suaminya membuatkan anak-anak sentiasa mengingati arwah bapa mereka.
Sebagai ibu tunggal, Edda membesarkan anak-anaknya.
“Dulu walaupun abah mereka sibuk dan penat, tetapi cari masa bersama anak-anak. Kalau tak ada duit, cuba usahakan untuk gembirakan anak-anak.
“Kami bersyukur dianugerahkan seorang suami dan bapa yang sangat baik,” katanya.
Video rakaman CCTV yang dikongsi Edda di aplikasi TikTok meraih lebih 1.7 juta tontonan.
Sumber:mStar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply