Caprice nak belanja RM10,000 petrol percuma, netizen puji murah rezeki

Caprice nak belanja RM10,000 petrol percuma, netizen puji murah rezeki

Menerusi satu video hantaran di laman Instagram, sumbangan petrol berjumlah RM10,000 itu akan diberikan kepada pemilik kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori.

“Siapa nak minyak FREE, Cap nak belanja! Jumaat ni 2:30 petang dekat Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Dato Keramat! See you when I see you,” tulisnya.
Video itu memaparkan Caprice bersama seorang lelaki dipercayai pemilik stesen minyak tersebut yang mengajak orang ramai untuk mengisi petrol percuma.

“Siapa-siapa nak minyak percuma, kita nak belanja korang petang Jumaat ni. Boleh bawa kenderaan masing-masing, kami berikan minyak berjumlah RM10,000.
“Apa yang korang kena buat, datang ke stesen ini. Saya juga akan memberikan 10 barang preloved milik saya seperti topi, kasut dan sebagainya,” ujar penyanyi berusia 34 tahun itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan murni penyanyi lagu Kau Hade itu selain mendoakan dia supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

‘Owner’ tu kawan baik Caprice

Jangan risau, dapat tangki penuh!

Alhamdulillah.. tapi mesti ‘jem

Semoga dimurahkan rezeki…

Lepas solat Jumaat, ramai la serbu

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ada memaklumkan ingin memberikan sebuah kereta jenis Kia Sportage miliknya secara percuma kepada pengunjung bertuah.

Kenyataan tersebut dibuat selepas ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadapnya berhubung dakwaan posting berbaur fitnah di Instagram

Difahamkan, Caprice telah mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes membabitkan bekas isteri iaitu Emilia Hanafi dalam video ulasannya yang dimuat naik pada 28 Jun lalu.

Sumber: Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*