Penduduk Gempar, Jenazah Digali Masih Utuh & Berbau Harum Walau Berpuluh Tahun Dikebumikan

Penduduk Gempar, Jenazah Digali Masih Utuh & Berbau Harum Walau Berpuluh Tahun Dikebumikan

Seorang warga Cilegon, Banten, Indonesia terkejut apabila mendapati beberapa kubur yang digali mengeluarkan bau harum ketika proses pemindahan kubur dilakukan.

Penduduk yang bernama Rustam Effendi itu berkata, perkara tersebut diketahui sebaik kain kafan jenazah di kubur itu dibuka oleh penduduk.

Rustam menjelaskan bahawa jenazah yang dikebumikan itu adalah merupakan seorang pelajar yang tinggal di Cilodan, Desa Gunung Sugih, Kota Cilegon Banten, Indonesia.

“Maklumat yang saya dapat dan perolehi, penduduk di kawasan Cilodan dahulunya merupakan kawasan bagi mempelajari agama. Jadi mereka merupakan orang yang taat dan sering beribadah,” tambahnya.

Rustam Effendi turut menjelaskan bahawa pemindahan kubur itu telah mendapat persetujuan daripada keluarga atau waris bagi kubur yang berkenaan.

Pengurus pemindahan kubur yang bernama Mahrij berkata, perkara seperti ini adalah satu keajaiban.

Satu video yang memaparkan ratusan jenazah masih utuh itu telah menggemparkan penduduk Cilegon, Banten. Video itu kemudiannya menjadi tular selepas dimuat naik oleh satu akaun instagram.

Memetik video itu, penduduk di Cilodan, Desa Gunung Sugih, Kota Cilegon, Banten sedang berkumpul untuk memindahkan jenazah ahli keluarga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banten Terkini (@bantenterkinicom)

Proses penggalian dan pemindahan kubur itu telah dilakukan secara bertahap sejak 25 Ogos lagi. Pemindahan kubur itu dilakukan karena tanah tersebut merupakan milik sebuah syarikat.

Setakat ini, sejumlah kubur yang digali telah dipindahkan dan ditanam semula di Desa Grogol, Kecamatan Anyer, Kabupaten Serang, Banten.

Secara saintifiknya, keadaan mayat yang sudah berpuluh tahun yang tertimbus di bawah tanah sepatutnya sudah menjadi reput dan terurai.

Bagaimanapun, Rustam Effendi berkata 152 daripada 300 jenazah dari kubur itu masih dalam keadaan masih utuh.

“Semasa penggalian, setiap hari ada jenazah yang masih utuh. Malah pada hari terakhir sebanyak 67 jenazah yang dibongkar masih utuh,” kata Rustam Effendi lagi.

Sumber: Suara.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*