Tiba-Tiba Rebah, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Beratur Ambil Duit Bantuan

Tiba-Tiba Rebah, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Beratur Ambil Duit Bantuan

Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia sewaktu sedang beratur menunggu bantuan wang tunai di Kampung Mattampae, Kecamatan Ponre, Sulawesi Selatan jumaat lalu, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, mangsa yang berusia 76 tahun dan berasal dari Dusun Mario Kampung Mattampae itu secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu beratur.

“Sewaktu terima Bantuan Langsung Tunai (BLT) di pejabat, dia jatuh sebelum meninggal dunia,” kata Ketua Kampung Mattampae, Syamsul Bahri Sabtu lalu.

Tambahnya, mangsa datang ke lokasi untuk menerima bantuan BLT pada siang hari dan sempat duduk seketika sebelum jatuh serta tidak sedarkan diri.

“Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan menyatakan bahawa selepas menerima bantuan berkenaan dia mahu mengunjungi cucunya,” kata Syamsul yang sempat bercakap dengannya.

Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah mangsa kemudiannya dihantar pulang untuk dikebumikan petang itu juga, maklum Syamsul lagi.

Terdahulu, kerajaan Indonesia mula menyalurkan Bantuan Langsung Tunai (BLT) bagi meringankan beban rakyat selepas kenaikan kadar inflasi harga Bahan Bakar Minyak (BBM) pada 3 September lalu.

Lebih 20 juta keluarga yang layak menerima bantuan tersebut dan akan menerima sejumlah wang bernilai RM45 setiap bulan selama empat bulan (RM182).

Sumber: CNN Indonesia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*