Kemalangan Pertama Dilapor Di Lebuhraya SUKE, Babitkan Kereta Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan

Kemalangan Pertama Dilapor Di Lebuhraya SUKE, Babitkan Kereta Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan

Satu kemalangan telah dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama semalam, lapor Bernama.

Kemalangan tersebut merupakan insiden pertama sejak pembukaan lebuhraya itu pada 16 September lalu.

Dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal cedera pada bahagian kaki selepas melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berhenti di lorong kecemasan.

Menurut Bernama, kenderaan yang diletakkan di bahu jalan tersebut dipercayai berhenti untuk mengambil gambar pemandangan dari atas lebuhraya yang baru sahaja dibuka Jumaat lepas.

Terdahulu, tol percuma telah diberikan selama sebulan bersempena pembukaan lebuh raya SUKE fasa pertama yang mampu menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik seperti MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew, lapor Bernama.

Dalam laporan tersebut, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di lokasi terbabit sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan menjimatkan masa perjalanan kepada 25 minit berbanding 75 minit di laluan sedia ada.

“Kerajaan komited dalam menangani isu kepadatan trafik di ibu negara bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia yang bekerja dan tinggal di sekitar Lembah Klang menerusi manfaat perjalanan lebih singkat dan pengurangan kadar pelepasan karbon.

“Kesiapsiagaan dan pembukaan SUKE akan membawa impak signifikan terhadap usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik arus trafik khususnya untuk bahagian timur Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada pelancaran fasa pertama pembukaan Lebuhraya Bertingkat SUKE di Plaza Tol Bukit Teratai.

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*