Gempar, Gunung Berapi Lumpur Dilapor Meletus Di Lahad Datu Sabah

Gempar, Gunung Berapi Lumpur Dilapor Meletus Di Lahad Datu

Jutaan tahun dahulu, bumi dipenuhi dengan pelbagai gunung berapi yang pernah mendiami permukaan tanah dan laut.

Seperti yang diketahui, gunung berapi menyimpan lava yang terkandung di dalam perut bumi. Lava itu boleh dimuntahkan dalam tempoh tertentu yang tidak diketahui.

Sehingga kini, ia masih dapat ditemukan dan dilihat walaupun sesetengah gunung berapa sudah tidak aktif sekian lama.

Bercakap mengenainya, semalam tular satu video yang memaparkan kejadian gunung berapi lumpur. Ia dipercayai berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah.

Rakaman yang turut dikongsikan di platform TikTok Utusan itu dikatakan telah dirakam sekitar jam 10.05 pagi semalam.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat cairan yang dipercayai lumpur keluar dari bawah tanah dan memenuhi ruangan di sekeliling kawasan itu.

Pun begitu, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang baharu di Sabah.

Menurut Kosmo, selain di Tabin, gunung berapi lumpur juga boleh ditemui di daerah lain termasuk di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Difahamkan, kejadian yang turut digelar garuok oleh masyarakat Sabah itu juga menyaksikan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

Sementara itu, kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan Pantai Timur, lapor Kosmo.

Sumber: Sbn Hamit Via UtusanKosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*