Ajar pemb4ntu rumah s0lat, net1zen anggap k0nten Iqbal b0d0h -“Tak ada ad4b ke?”

Ajar pemb4ntu rumah s0lat, net1zen anggap k0nten Iqbal b0d0h -“Tak ada ad4b ke?”

Nama usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, ada sahaja kontroversi yang mengaitkan dirinya sehingga mencetuskan kritikan serta kecaman daripada orang ramai.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di laman Instagramnya, kelihatan Iqbal sedang memegang sebuah penyapu sambil mengajar pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Indah di ruang tamu rumahnya.

“Ajar pembantuu rumah solat, Lain kali cakap yang bukan-bukan lagi ya Indah. Ada hari dapat hadiah, ada hari dapat rotan,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Benda macam ni pun nak buat konten ke?
Tindakan usahawan yang berusia 28 tahun itu telah mencetuskan rasa kurang senang oleh seorang netizen yang menyifatkan Iqbal menghasilkan sebuah konten yang tidak bijak serta tidak beradab.

Pun begitu, Iqbal telah memberi respon daripada komen yang diberikan oleh individu tersebut supaya tidak terlalu serius dalam melihat sesuatu perkara.

Aib dia tu bang, tak baik buat macam itu
Malah, rata-rata menyifatkan Iqbal tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai konten atau mendedahkan ia kepada umum untuk mengajar pembantu rumahnya itu solat kerana ia merupakan aibnya yang perlu dijaga.

Lebih baik suruh ustaz atau ustazah yang ajar
Ada juga netizen yang memberi pendapat supaya Iqbal mencari ustazah untuk mengajar pembantu rumahnya itu mengenai ibadah solat supaya ia nampak lebih baik dan serius dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*