“Mummy Rindu Suara, Gelak Tawa, Keceriaan, Suami Di Sisi,” Anak Dedah Keadaan Rosmah Terkini

“Mummy Rindu Suara, Gelak Tawa, Keceriaan, Suami Di Sisi,” Anak Dedah Keadaan Rosmah Terkini

Nooryana Najib, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi luahannya di laman Instagram miliknya pada pagi tadi.

Dalam perkongsian itu Nooryana atau dikenali sebagai Yana menulis tentang bagaimana Ibunya Datin Seri Rosmah Mansor yang menjalani kehidupan selepas suaminya Najib Razak disabiktkan kesalahan dan sedang dipenjarakan.

Menurut Yana, dalam keadaan sekarang ini dia sentiasa menemani ibunya dikala kesunyian. Kadang kala waktu tidur juga Yana akan tidur bersama ibunya itu kerana tidak mahu ibunya terasa kesunyian.

Pekongsian itu menunjukkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang menunaikan solat subuh di kediamannya.

Kata Yana lagi, ibunya itu merupakan seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, dan keceriaan suaminya di sisi.

“Beliau seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua rumah kami buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya,” tulis Yana dalam hantaran itu.

“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”.

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya,” sambung Yana lagi.

Yana juga berkata, sebagaimana ada segelintir rakyat yang mempercayai Najib Razak tidak mendapat keadilan, ibunya juga percaya bahawa suaminya berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.

Yana juga sempat berdoa agar kesihatan dan kebebasan Datuk Seri Najib Razak mendapat ketenangan dan kedamaian dalam tempoh usianya yang kini sudah berumur.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, beliau juga akan menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dan 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bagi kes tersebut sedang berlangsung ketika ini.

Sumber: Yananajib

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*