Marah Tak Dapat Duit, Lelaki Guna Sabit Tetak Bapa Kandung Hingga Maut

Marah Tak Dapat Duit, Lelaki Guna Sabit Tetak Bapa Kandung Hingga Maut

Seorang anak dilaporkan tergamak menetak bapa kandungnya menggunakan sebilah sabit di Kecamatan Gandrungmangu, Kabuten Cilacap Jawa Tengah pada Selasa lalu.

Memetik laporan Tribun Jateng, pelaku, 28, mendakwa bahawa dia menetak bapanya, 66, kerana mangsa seorang yang kedekut dan sombong selepas tidak memberikan wang kepadanya.

Menurut Ketua Polis Cilacap, Gatot Tri Hartanto, kejadian itu disedari oleh jiran mangsa selepas mendengar teriakan daripadanya.

“Sewaktu memasuki rumah, jirannya melihat mangsa terkapai-kapai di atas lantai ruang tamu dengan berlumuran darah sambil meminta tolong.

“Suspek ketika itu sedang memegang sabit sambil berada di atas mangsa,” katanya menerusi Kompas.com.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurut TribunJateng, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan, punggung dan kaki kiri selepas hasil pemeriksaan dilakukan.

Hasil siasatan juga mendapati, pelaku mempunyai sejarah gangguan mental sejak lima tahun lalu dan masih menjalani rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Banyumas.

Sehingga kini, suspek ditahan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 338 KUHP dan Seksyen 351 Akta (3) dengan penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: TribunnewsTribunJateng

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*