Penyanyi Terkenal 80an, Aman Shah Meninggal Dunia

Penyanyi Terkenal 80an, Aman Shah Meninggal Dunia

Sinonim dengan lagu ‘Kepulangan Yang Dinanti’, penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Lapor Awani, Allahyarham Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 2 petang di IJN sebentar tadi.

Seperti yang dilapor Awani, berita kematian itu disahkan oleh anak sulungnya, Hadzly dan difahamkan, Allahyarham sudah dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Hadzly juga memaklumkan menerusi Awani, Allahyarham kini masih di IJN dan dijangka mungkin akan dikebumikan pada hari ini.

Imbas kembali, Allahyarham Aman Shah pernah menempah kemasyuran menerusi lagu Adikku Pandai Menari pada tahun 2016 dan Kepulangan Yang Dinanti yang dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Allahyarham juga turut pernah menjadi pelakon dan membintangi beberapa buah filem seperti Darah Satria yang diterbitkan pada tahun 1993.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*