
Dapat Tahu Suami Ada Niat Nak Kahwin Lagi, Wanita Nekad ‘Kerat’ Zakar Suami Guna Gunting
Guru sekolah rendah di Desa Pasir Limus, Desa Wangunharga, Kecamatan Cikarang Utara, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat ‘kemaluannya’ telah dipotong oleh isterinya, lapor Suara Sumbar.
Lelaki berusia 46 tahun itu kehilangan kemaluannya pada Sabtu lalu. Pelakunya seorang wanita berusia 42 tahun yang merupakan isterinya sendiri.
Selepas ditahan, pelaku dilaporkan telah mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah memotong kemaluan suaminya kerana mengesyaki suaminya itu akan berkahwin dengan wanita lain.
“Kedua-dua mereka hidup sebagai suami isteri sejak tujuh tahun lalu. Pelakunya berkata, dia cemburu kerana suaminya menjalinkan hubungan sulit dan mahu berkahwin lagi,” kata Ketua Polis Cikarang, Kompol Mustakim.
Kejadian itu berlaku ketika lelaki tersebut sedang tidur di rumah sewanya. Kemudian dia berasa ada seseorang menarik seluar pendek yang dipakainya.
Dia sempat melihat isterinya itu berada di sebelah kiri katil sambil membawa pisau. Tidak lama kemudian, mangsa melihat pelaku itu memotong kemaluannya menggunakan pisau tersebut.
Sejurus kemaluannya dipotong, mangsa terus menjerit kesakitan sambil berlari ke luar untuk meminta pertolongan.
“Mangsa dibawa ke hospital oleh penduduk untuk mendapatkan rawatan segera,” kata Mustakim.
Jelas Mustakim lagi, pelaku tersebut mengakui bahawa sebelum melakukan perbuatan itu, dia telah melihat telefon bimbit suaminya.
Melalui kandungan dalam telefon bimbit itu, pelaku telah berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan wanita lain.
Hasil daripada pemeriksaan kesihatan, mangsa dilaporkan mengalami luka keratan di bahagian kaki dan kemaluannya.
Pelaku dilaporkan telah menyerah diri di balai polis Cikarang Barat.
“Anggota kami segera menahan pelaku, kami juga turut merampas gunting,” ujarnya.
Sumber: Sumbar Suara
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply