Sudah jangka tersingkir, Ifa tak kisah terus dikecam -“Aku ada produk & kaya”

Sudah jangka tersingkir, Ifa tak kisah terus dikecam -“Aku ada produk & kaya”

Selepas empat minggu berentap di program realiti Terpaling Juara, penyanyi Ifa Raziah yang sering dikritik netizen sejak kebelakangan ini mengenai nyanyiannya yang sumbang telah diumumkan tersingkir, semalam.

Akur dengan keputusan tersebut, Ifa menganggap penyingkirannya pada minggu tersebut adalah bukan rezekinya dan ia merupakan adat apabila masuk dalam sebuah pertandingan.

Malah, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @terpalingjuaratv3 di laman Instagramnya, Ifa memaklumkan dia dapat menyangkakan bahawa dia adalah peserta yang akan disingkirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

“Ifa dah boleh agak dah yang akan tersingkir, setiap miggu akan bersiap sedia untuk disingkir, jadi bila disingkirkan aku okay. Rezeki saya hanya setakat minggu keempat sahaja.
“Bukan kita tak biasa masuk pertandingan, ini la adatnya, ada kalah dan menang. kita kena terima dengan hati yang terbuka.mungkin aku tak cukup bagus, ada yang lebih bagus daripada kita,” katanya.

Jelas penyanyi yang berusia 47 tahun itu lagi, dia percaya bahawa lebih ramai yang menyokongnya dalam industri nyanyian dan tidak kisah dikritik atau dikecam oleh orang ramai.

Baginya, kecaman serta kritikan yang dilontarkan netizen terutama golongan yang tidak menyukainya adalah salah satu marketing untuk dia terus bangkit dalam industri hiburan

LIHAT VIDEO DISINI

“Itu kak Ifa cakap daripada awal, aku tersingkir atau masuk final, tetap Ifa Raziah. Bukan semua orang tak suka aku, banyak yang sokong dan suka. Yang sokong aku, dia tak bersuara dan tak berkata, hanya diam serta memerhati sahaja.
“Kepada yang tak suka aku itu, aku okay sahaja. Tapi aku berterima kasih kerana haters-haters inilah yang bagi free marketing untuk aku, alhamdulilah. aku semakin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan.
“Yang ketawakan aku pun, macam itu juga hidup kau. Aku ada produk sendiri dan kaya juga,” ujarnya.

Alhamdulilah, akhirnya tersingkir jugak
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur selepas mendapat tahu penyanyi sensasi tersebut disingkirkan daripada program itu memandangkan dia tidak layak untuk meneruskan minggu yang seterusnya.

Dah tersingkir pun sempat berlagak lagi
Bukan itu sahaja, daripada temu bual tersebut, netizen turut menyifatkan Ifa tetap bersikap angkuh serta cakap besar meskipun sudah disingkirkan daripada Terpaling Juara.

Sumber: Instagram @terpalingjuaratv3, TikTok @xtra_my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*