Radio putar lagu arwah Siti Sarah, Shuib tarik nafas kawal emosi

Radio putar lagu arwah Siti Sarah, Shuib tarik nafas kawal emosi

Kehadiran Shuib di konti Suria FM dilihat memeriahkan lagi Segmen Pagi radio tersebut apabila digandingkan bersama Ajak Shiro serta Suraya Borhan.

Berpaling ketika dengar lagu arwah isteri
Namun begitu, menerusi perkongsian Ajak Shiro di akaun Instagramnnya pagi tadi, dia telah memuat naik reaksi rakannya Shuib ketika selebriti itu memalingkan muka sewaktu lagu dendangan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin ke udara.

Dalam muat naik itu, Ajak sempat berkongsi kata-kata yang dinyatakan Shuib berkaitan hubungan suami dan isteri dan pastinya ia ada kena mengena dengan kisahnya bersama arwah.

“Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia…” Shuib

“Kau cekik air mata aku pagi2 Jak”
Melihat posting tersebut, Shuib sempat meninggalkan komen mengatakan yang Ajak telah membuatkan air matanya keluar diawal pagi dan rakannya membalas bahawa dia lagi kejam kerana boleh membuat orang tertawa disaat masing-masing sebak.

Berat nafas yang dihembus tu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas dengan memahami apa yang dirasakan oleh Shuib ketika itu.

Mereka juga perasan bahawa pelawak itu seakan menahan tangis dengan menarik nafas dalam-dalam sambil tersenyum kelat ketika mendengar lagu arwah isterinya dimainkan di radio.

Hari2 dengar mereka gelak, tapi harini macam sebak

Rindu yang tak terungkap

Cuba tahan sebak yang menggunung

Pagi tadi, Ajak, Shuib dan Soraya telah berbual mengenai topik ibu-ibu hamil yang mengidam. Pelbagai cerita menarik diperoleh daripada para pendengar yang menghubungi mereka di konti dan ada diantaranya turut terdengar sedih.

Sumber: Instagram Ajak Shiro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*