
RM6k Atau Lempar Dalam Sungai, Penculik Kucing Minta Pemilik Bayar Wang Tebusan Sebagai Pertukaran
Seorang lelaki yang kehilangan seekor kucing dilaporkan telah dihubungi melalui aplikasi WhatsApp pada 3 September lalu dari seorang lelaki yang mengaku telah menculik kucing miliknya.
Menurut Sinar Harian, pemilik kucing tersebut juga diugut untuk menyediakan wang tebusan sebagai pertukaran dengan haiwan tersebut.
Menerusi perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kucing itu dilaporkan hilang pada jam 11 pagi, 1 September lalu di kawasan Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak.
Pemilik kucing itu difahamkan menerima mesej di WhatsApp dari individu tidak dikenali yang mengaku menculik kucing tersebut dengan menyertakan sekali gambar serta video kucing milik lelaki berkenaan.
Penculik itu juga turut dilaporkan meminta wang tebusan sebanyak RM 6,000 yang perlu dibayar sebelum jam 6 petang.
Difahamakan, lokasi untuk menuntut kucing itu akan diberitahu pada malam selepas pembayaran wang tebusan dilakukan.
Menurut Sinar Harian, penculik telah mengugut akan melemparkan kucing itu ke dalam sungai sekiranya pemilik gagal membuat bayaran wang tebusan yang diminta.
Penculik itu juga memberi amaran agar pemilik hadir membawa wang itu seorang diri dan tidak membuat sebarang tindakan yang menimbulkan kemarahan penculik.
Susulan kejadian itu, pemilik kucing itu dilaporkan telah membuat satu laporan polis sehari selepas menerima ugutan di Balai Polis Sekama, Kuching.
Kemudian pemilik kucing itu pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Icom Squere, Kuching, Sarawak untuk mengesan nombor telefon penculik.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andikat berkata, kes tersebut merupakan jenayah penculikan yang melibatkan kucing dan wang tebusan ribuan ringgit yang pertama berlaku di Malaysia.
Dalam perkongsian lain, Animal Malaysia mengharapkan agar PDRM Sarawak memandang serius kes ini dan tindakan segera harus diambil supaya penculik kucing itu berjaya ditangkap.
Jenayah penculikan kucing ini juga perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan nyawa, wang ringgit, emosi pemilik dan keselamatan haiwan dengan pemiliknya.
Sumber: Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply