Bom Ikan: Seorang Maut, Rakan Cedera Parah Terkena Bahan Letupan Buatan Sendiri

Bom Ikan: Seorang Maut, Rakan Cedera Parah Terkena Bahan Letupan Buatan Sendiri

IPOH, 5 Sept (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah, akibat terkena bahan letupan buatan sendiri di Pusat Rekreasi Lata Kekabu, dekat Lenggong petang tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Amirudin Khairudin, 44, dan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Azlan Ali, 40, dan telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Taiping untuk menerima rawatan.

“Hari ini, kira-kira 3.12 petang Polis Gerik telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan bergegas ke sana untuk menjalankan siasatan. Setibanya di lokasi itu mendapati, seorang lelaki telah mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata masyarakat dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang seperti menggunakan bahan letupan bagi tujuan penangkapan ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi aktiviti menangkap ikan.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu sedang menangkap ikan ketika kejadian berlaku.

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*